left-gre.gif (353 bytes)PEMAMPAT

Dalam Kitaran Asas Penyejukan ini, Pemampat boleh dikatakan sebagai jantung kepada sistem tersebut. Dengan kata lain, Pemampat digunakan untuk memampatkan bahan pendingin keseluruh sistem seperti mana jantung manusia yang mengepam darah ke seluruh badan kita.

Fungsi utama Pemampat ialah untuk menyenggara perbezaan tekanan di antara bahagian tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah pada sistem. Dimana ia digunakan untuk memampatkan gas bahan pendingin yang bertekanan serta suhu yang rendah ke gas bahan pendingin yang bertekanan serta suhu yang tinggi. Dalam proses ini, dua perkara akan berlaku iaitu :-

Jenis-Jenis Pemampat

Terdapat pelbagai jenis pemampat yang dicipta khasnya untuk memampat bahan pendingin. Dimana ia direka bergantung kepada jenis-jenis bahan pendingin yang digunakan, corak penggunaan serta kedudukan suatu sistem. Empat jenis pemampat yang biasa digunakan pada Sistem Penyamanan Udara dan Peyejukan ialah:-

  1. Pemampat Salingan
  2. Pemampat Putar
  3. Pemampat Empar
  4. Pempat skru